BBQ ini bermula dengan konvoi dari peserta BBQ bermula dari Hadapan SK Pasir Pekan sebagai RV1, konvoi bergerak jam 5.15pm untuk menuju ke RV2 yang dirancang iaitu di Persimpangan isyarat Chabang Empat Tumpat, dan mula bergerak jam 5.45pm menuju ke destinasi yang dituju iaitu di Pantai Sri Tujoh Resort.
Tiba di tempat kejadian seperti biasa lepak-lepak sambil minum petang dan sesi bergambar.
Selepas minum petang semua bersiap untuk menunaikan solat Maghrib, sesudah itu berbual-bual tentang pengalaman menggunakan jentera FZ. Kemudian menunaikan solat Isya, dan selepas itu bermula la aktiviti BBQ.
No comments:
Post a Comment